Thursday, May 6, 2010

Hari Tidak Produktif

Orang lain sibuk menguruskan majlis untuk esok, aku pula tidur selama lima jam tidak sedarkan diri. Aku hanya sedar:

  • Bila house keeping masuk nak cari iron yang hilang
  • Teman sebilik tanya 'kau tak makan ke?lauk sedap tu'
Aku tetap tak bangun. Memang selepas aku mengalami keracuanan makanan, selera makan aku juga terjejas. Hari ini aku hanya makan Snickers dan Milo sahaja. Itu pun pagi tadi.

Apa nak jadi dengan aku ni.

'Come Back Again Stone' ?

Selamat pagi.

Siapa tahu tajuk entri hari ini dari mana? Kamu pernah tonton cerita 'The Cave of the Golden Rose' ? Kalau kamu ingat, ada satu ayat yang Fantaghiro (heroin dalam cerita tersebut) ada menyebut ayat tersebut.

Setelah lapan bulan blog aku ini berhabuk, hari ini baru tergerak hati-ku untuk menaip di sini. Mungkin ada kene mengena juga dengan tajuk entri ini. Heh Heh Heh~

Aku tidak se-sibuk menteri sehinggakan tidak boleh mengemaskini blog aku. Aku cuma malas dan tidak mempunyai idea untuk diluahkan. Tapi pagi ini aku sedikit cergas untuk menaip. Aku rasa penggunaan Bahasa Melayu aku juga semakin jahanam. Sungguh memalukan.

Selama lapan bulan juga aku tidak mempunyai pekerjaan tetap. Itu juga salah satu faktor aku tidak menaip di sini. Hilang segala perasaan dan keghairahan-ku untuk menaip.

Sekarang aku sedang menjalani satu latihan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk orang seperti aku. Hanya tinggal lagi seminggu untuk aku menjalani latihan amali ini sebelum ditempatkan untuk menjalani latihan secara praktikal. Berita baik. Terima kasih Encik Kerajaan.

Mungkin selepas ini aku akan cuba untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu aku dengan menaip di sini. Walaupun tiada Cikgu Bahasa Melayu yang akan periksa kebodohan aku dalam subjek Bahasa Melayu.

Baiklah. Saya mahu tidur.

Bai.