Thursday, April 14, 2011

Baju Kurung Hari Khamis

Hari ini aku berbaju kurung ke pejabat. Pelik. Bos aku sendiri terkejut. Sebab aku jarang pakai suit tu ke pejabat. Apabila bos aku bertanya "De pe rini kau pakai baju kurung?". Aku dengan laju menjawap "Hari ni ade orang nak masuk meminang". Laju.

Semua yang bertanya aku jawap jawapan yang sama. Disebabkan aku berpelakuan pelik memakai baju kurung hari ini, terjadilah peristiwa yang luar biasa berlaku. Waktu aku baru selesai solat, Bos aku panggil aku masuk ke bilik beliau dan menyuruh aku duduk disebelah beliau. Aku punya la takut, aku ingat ada kesalahan besar sampai aku disuruh duduk disebelah beliau. Aku pun macam biasa terpinga-pinga. Aku tak masuk lagi bilik dia. Tiba-tiba aku lihat ada orang datang ke pejabat aku. Baru aku tahu, Bos aku panggil budak baru untuk ditemuduga dan aku penemuduga budak tersebut. Macam biasa. Sembang sembang kedai kopi. Tiada yang formal sangat.

Itu pengalaman pertama aku menemuduga orang lain. Sebelum ni aku saja yang ditemudaga. Kerja satu apa pun tak dapat. Lepak Mekdi baru dapat kerja. Alhamdulillah.

Owh ya, tempat kerja aku mencari draftman cum clark. Sesiapa berminat sila jangan sengan silu menghubungi aku. Perlu tahan la nak bekerja dengan aku yang cerewet ni.

Rajin post entri plak kan? *hangat hangat tahi ayam je tu*

Bai.

Rajin Tiba BIla Kerja Dah Siap

Aku tengok ramai kawan aku dah aktif balik ber-belog. Aku pun tergerak hati untuk menggerak-kan jari nak menaip post hari ni. Heh.

Tapi aku buat satu perenggan ni pun lama. Siap boleh keluar masuk opis, baru sambung perenggan kedua. Dasyat jugak la aku punyer kerja ni. Dah macam Adun Sitiawan plak kan.

Aku tak leh nak sambung menaip ni. Perut tak senang.

Jumpe lagi mungkin tahun hadapan untuk entri yang akan datang.

Bai

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Selamat tahun baru untuk semua umat Islam di muka bumi ini. Dan untuk aku juga. Cepat je masa berlalu. Buku amalan aku mesti tebal tang dosa saja. Aku selalu berharap yang aku jadi budak baik lepas lepas ni dan aku sedang mencuba sebaik dan sekuat Tiger.

Aku bercuti di kampung empat hari. Aku rasa aku banyak je cuti sampai Mak aku tanya aku, “Kau ni asyik cuti je, banyak jugak cuti kau ni”. Tempat kerja aku semua public holiday di-isytiharkan cuti. Aku amik kesempatan apply cuti untuk hari semalam sebab nak panjangkan waktu cuti aku. Tahun ni aku ada lebihan cuti satu hari yang aku tak tahu nak apply bila. Aku bawak ke tahun depan mungkin.

Aku rajin menaip sebab aku baru saja merosakkan TV rumah ni. Aku dah bersedia nak dengar Parents aku mengamuk lepas balik dari pasar.

Bai.

Monday, December 6, 2010

Azimat Maut

Mesti ramai dah tengok cerita Harry Potter & The Deathly Hallows Part I kan? Kalau dalam Bahasa, Harry Potter dengan Azimat Maut. Aku pun tak ketinggalan tengok. Cerita peberet ok? Itu pun dah lambat aku tengok. Ye la sekarang aku kan sibuk bagaikan menteri. Nak buat satu entri pun kene tunggu berbulan-bulan baru keluar yang baru. Aku sibuk uruskan negara. Ok berbalik pada tujuan utama entri, nak cerita pasal Harry Potter ni, waktu aku tengok movie dia ni, dari mula sampai akhir, ayat yang keluar dari mulut aku “Lawanyer Emma Watson (Hermione Granger) ni”. Sambil mulut nak ternganga-nganga. Dressing dia memang terbaik. Sampaikan lepas keluar wayang tu aku masih cakap benda yang sama. Sungguh jelik perasaan orang yang ikut sekali tengok wayang dengan aku waktu tu. Ada aku kisah.

Sebenarnya aku nak cerita yang aku ada baca buku cerita ni, tapi separuh je sebelum Adik aku hilangkan buku tu dengan alasan “Sorry la aku dah cari tapi tak jumpe. Dah hilang kot. Tapi aku ada novel melayu ni. Kau nak tak?”. Waktu tu aku hanya berharap yang ada seketul batu besar jatuh daripada langit lalu menghempap Adik aku. Tapi mana mungkin. Doa yang buruk-buruk memang tak mungkin akan termakbulkan. Tapi nasib sangat menyebelahi aku. Nasib baik cerita Harry Potter ni pun ada Part I dan Part II. Kebetulan, aku habis baca sama dengan ending cerita Part I. Untungkan. Hehe. Sekarang aku dah beli buku tu balik. Kalau Adik aku nak pinjam baca aku nak jawap ni “Kau baca la novel melayu kau tu mungkin tak akan hilang novel tu”. Mesti dalam hati dia pun berharap ada seketul batu besar turun daripada langit menghempap aku. Ada aku kisah.

Jadi matlamat aku nak habiskan baca buku ni sebelum cerita Part II keluar. Tak la aku jadi dungu tengok tanpa keghairahan.

Ok takat tu je la aku nak cerita. Aku nak uruskan Negara balik.

Bai.

Tuesday, July 20, 2010

Everyday is a learning day.

Lama sangat aku tak manaip kat sini. Sebab aku ketandusan idea. Kalau nak merepek memang banyak. Cuma kemalasan menjadi pendorong aku tidak menaip di sini.nais.

Pagi ni aku rasa banyak benda aku nak taip. Tapi lepas je aku makan nasi lemak pagi ni aku dah lupa apa benda aku nak taip. haih~

owh ye. Aku dah ingat.

Setiap hari aku bangun, aku rasa seronok, sebab aku akan fikir, hari ni aku akan belajar sesuatu. Disebabkan itu juga la aku akan bersemangat setiap hari. Tak semestinya kita perlu ada kekasih hati, duit yang banyak untuk sentiasa bersemangat. Apa yang aku nak kumpul sekarang ini adalah pengalaman. Pengalaman setiap orang berbeza. Kalau kita tidak berani mencuba, kita tak akan menikmati apa itu pengalaman. Aku banyak tengok gelagat manusia ni. Macam-macam. Lagi banyak orang kau jumpa, lagi banyak kerenahnya. Kau jangan mudah nak kutuk-kutuk orang tu kalau perangai mereka begitu. Sebab kita sendiri perlu fikir, kita ni bagus sangat kah nak mengutuk orang sedemekian rupakan?

Dan aku terfikir, kenapa setengah orang tu tak menghargai hidup mereka. Dan merasakan mereka sahaja yang bernasib malang dalam dunia ni. Kalau macam tu sampai bila pun tak kan maju dalam hidup. Lebih baik duduk dalam bilik, tonton porn dan memuaskan hati sendiri. Lame.

Aku banyak nak taip. Tapi aku juga mempunyai banyak benda nak kene buat.

Lain kali la sambung merepek.

Bai.

Thursday, May 6, 2010

Hari Tidak Produktif

Orang lain sibuk menguruskan majlis untuk esok, aku pula tidur selama lima jam tidak sedarkan diri. Aku hanya sedar:

  • Bila house keeping masuk nak cari iron yang hilang
  • Teman sebilik tanya 'kau tak makan ke?lauk sedap tu'
Aku tetap tak bangun. Memang selepas aku mengalami keracuanan makanan, selera makan aku juga terjejas. Hari ini aku hanya makan Snickers dan Milo sahaja. Itu pun pagi tadi.

Apa nak jadi dengan aku ni.

'Come Back Again Stone' ?

Selamat pagi.

Siapa tahu tajuk entri hari ini dari mana? Kamu pernah tonton cerita 'The Cave of the Golden Rose' ? Kalau kamu ingat, ada satu ayat yang Fantaghiro (heroin dalam cerita tersebut) ada menyebut ayat tersebut.

Setelah lapan bulan blog aku ini berhabuk, hari ini baru tergerak hati-ku untuk menaip di sini. Mungkin ada kene mengena juga dengan tajuk entri ini. Heh Heh Heh~

Aku tidak se-sibuk menteri sehinggakan tidak boleh mengemaskini blog aku. Aku cuma malas dan tidak mempunyai idea untuk diluahkan. Tapi pagi ini aku sedikit cergas untuk menaip. Aku rasa penggunaan Bahasa Melayu aku juga semakin jahanam. Sungguh memalukan.

Selama lapan bulan juga aku tidak mempunyai pekerjaan tetap. Itu juga salah satu faktor aku tidak menaip di sini. Hilang segala perasaan dan keghairahan-ku untuk menaip.

Sekarang aku sedang menjalani satu latihan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk orang seperti aku. Hanya tinggal lagi seminggu untuk aku menjalani latihan amali ini sebelum ditempatkan untuk menjalani latihan secara praktikal. Berita baik. Terima kasih Encik Kerajaan.

Mungkin selepas ini aku akan cuba untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu aku dengan menaip di sini. Walaupun tiada Cikgu Bahasa Melayu yang akan periksa kebodohan aku dalam subjek Bahasa Melayu.

Baiklah. Saya mahu tidur.

Bai.