Tuesday, July 14, 2009

Hari Pertama

Hari ini aku memulakan kerja sampingan aku. Bukan kerja sebenar yang aku tunggu.

Memang rasa gelabah, biasalah aku memang begitu. Kelas bermula jam satu tengah hari. Tetapi hari ini hari Isnin jadi ada la perhimpunan. Perhimpunan diadakan di kantin sekolah bukan di dewan kerana dewan digunakan untuk murid-murid menghadapi ujian percubaan UPSR keesokkan harinya. Aku ditugaskan untuk mengajar kelas 1 Gemilang. Hari ini aku mengajar subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Seni, Matematik dan juga menjadi guru ganti untuk kelas Bahasa Inggeris.

Ada beberapa peristiwa lucu sepanjang aku mengajar hari ini. Mula-mula di waktu pendidikan seni ada dua tiga murid menambah hasil kerya mereka dengan menulis "Saya sayang cikgu Ain" dan " I love you". WTF. Aku layankan sahaja. Sewaktu mengajar Matematik, aku lupa yang perlu mengajar dalam Bahasa Inggeris. Sudah hampir 15 minit aku mengajar tiba-tina seorang anak murid aku menjerit, "Cikgu kenapa tak ajar dalam Bahasa Inggeris?". Aku terkedu pada mulanya. Tetapi masih bermuka sejuk. Fak.

Tapi bila sampai sahaja aku di rumah aku menangis kerana aku rasa terlalu beban dengan kerja walhal ini baru hari pertama. Lumrah la. Dulu aku mula bekerja sebagai pelayan pun begitu. Lama kelaman aku sudah terbiasa.

Keseluruhannya berjalan lancar.

Semoga hari esok lebih ceria.

Amin.

Sunday, July 12, 2009

Kau Berak Tak Basuh Jangan Bising.

Hari ini aku terlewat dua minit ke kerja. Ini disebabkan abah aku lewat sampai di rumah akibat mak aku sibuk membeli belah di pasar malam. Aku sudah beritahu mereka awal-awal yang aku perlu ke kerja sebelum jam 7 malam. Tapi mereka buat macam kerja aku tu tak penting. Mungkin mereka tidak berapa suka dengan kerja aku sekarang.

Sampai sahaja di kedai tempat aku bekerja, salah seorang bos aku (aku tak tahu nama dia dan tak mahu tahu) sudah buat muka sialan dengan aku. Padahal aku hanya lewat dua minit. Sebelum ini aku datang awal 30 minit aku tak buat muka sial pun pada dia. Aku tahu pengurusan masa itu penting. Tapi ini bukan disebabkan aku suka-suka untuk datang lewat dan aku sudah pun meminta maaf pada mereka. Aku memang sudah tiada hati untuk bekerja di sana. Kau boleh mula mencari pekerja baru.

Aku tak mahu sudah cerita pasal si sialan tu. Sekarang cerita fasal hal gembira pula. Aku diterima untuk menjadi guru ganti di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sitiawan. Aku agak teruja. Boleh aku cari wang lebih. Ya aku sekarang memerlukan wang. Baru-baru ini mak aku kata dia tak mahu aku pakai baju kebaya untuk majlis convocation aku. Dia kata tak sesuai dengan perempuan gemuk macam aku. Jadi sekarang aku perlu cari baju baru dan memerlukan duit. Mak aku memang selalu begitu. Haih.

Hari isnin ini aku mula bekerja sebagai guru ganti mengajar budak darjah satu. Aku memang tiada bakat nak mengajar. Tapi aku tak mahu memilih sangat. Amik sahaja peluang yang ada. Harap semua berjalan dengan lancar. Amin.

Baiklah. Aku sudah penat menaip. Sekarang aku mahu menekan tetikus sahaja.

Selamat malam.

Bai.

Saturday, July 11, 2009

Masalah adalah sahabat kita

Lagu yang sesuai untuk aku waktu ini.


Mana Satu Kau Mahu Pilih, Manusia Atau Haiwan?

Aku boleh cerita fasal ragam manusia sampai hujung dunia pun tidak selesai.

Manusia tiada sesiapa pun yang sempurna di dalam dunia ini. Kerap kali melakukan kesilapan. Tetapi kalau kita tidak membuat kesilapan kita tidak dapat belajar sesuatu yang bernilai. Sesuatu yang membuatkan kita lebih berhati-hati dan lebih matang dalam melakukan sesuatu tindakan.

Setiap tindakan ada alasannya. Bukan sekadar suka-suka, iri hati, hasad dengki atau pun hobi. Berfikiran positif adalah jalan terbaik untuk membuatkan kita menjalani hidup dengan sihat.

Selama kita hidup ini kita akan berjumpa dengan ramai manusia, pelbagai ragam. Bukan hanya seorang yang kita boleh harapkan sebagai kawan baik kita yang boleh kita kata kan dia ini kawan dunia akhirat aku. Walaupun kita kenal dia hampir sepanjang hidup kita, tidak semestinya dia akan baik atau jahat sampai bila-bila. Manusia boleh berubah. Berubah demi masa, usia dan juga alam sekeliling mereka. Kita sendiri juga sebenarnya sudah banyak berubah. Tidak kira dari segi fizikal, cara pemikiran, sifat kita. Memang ada yang kita boleh kekalkan, tetapi ada sesuatu yang akan bertambah atau berkurang.

Manusia lain boleh mengaggap kamu seorang yang jahat atau baik terpulang pada mereka. Kita tiada kuasa nak menghalang otak mereka daripada memproses atau melabel kita sebagai apa. Kita tidak rugi apa-apa.

Jangan terkejut kalau selama ini kita kenal manusia yang bernama kawan ini sebagai seorang yang baik hati, tiba-tiba menjadi manusia yang kita tidak kenal sebenarnya mereka.

Jangan disangka air yang jernih tiada buaya.

Manusia yang bermulut manis tidak semestinya hati mereka semanis mulut mereka.

Lebih baik kamu berkawan dengan haiwan bukan?

P/S: Ini pendapat dari aku. Kamu boleh membuat kesimpulan sendiri. Mungkin kamu ada pendapat sendiri bukan?