Monday, March 30, 2009

Melabur

Aku ada satu tabiat yang aku tak pasti sama ada bagus atau tidak. Tabiat aku tu memang rasa macam sedikit jijik iaitu aku suka nak beritahu sesiapa yang berhampiran dengan aku atau kenal aku atau sedang bercakap dengan aku, yang aku nak pergi berak kalau aku rasa nak terberak la. Bukan cakap saja-saja. Benda ini dijadikan tabiat sebab dari kecil lagi setiap kali aku nak berak je, mak aku panggil aku nak mintak aku tolong dia. Selalunya apabila aku dah masuk tandas dah pun. Dan aku pula secara otomatik juga akan kata nak berak kalau dia suruh aku buat sesuatu. Bukan nak cari alasan. Sebaliknya memang aku rasa nak berak. Ini hal serius. Disebabkan itu aku sering memberitahu beliau yang aku nak berak. Takut-takut kalau waktu aku berak tu dia panggil aku nak suruh buat kerja. Terbantut la macam tu ! Dan untuk pengetahuan semua sampai sekarang aku mempunyai tabiat sebegitu. Alasannya aku tak mahu orang cari aku masa aku sedang berak.

Mkay?

Korang rasa tabiat ni jijik ke atau lumrah dunia je?

Bai.

Pengembaraan untuk Hari ini

Hari ni aku dan Incik Buron sama-sama mengembara. Cuma tempat sahaja berbeza. Memang penat. Baru pukul 10 tadi kami sampai dibilik masing-masing. Bila fikir balik manis pulak. Heh.


***
Aku kene belajar kereta pukul 1 p.m. Aku belajar dua jam. Aku ada RM 5 sajaha dalam beg duit aku masa tu. Itu pun aku pinjam kat Siti Aishah sebelum aku pergi mempelajari ilmu kenderaan tayar empat tu. Nasib baik dia memahami. Dia memang seorang kawan yang baik. Aku tabik dia sebab dia mempunyai hati yang suci terhadap hubungan sesama manusia ni. Ok kembali kepada hal duit tu. Aku rancang duit tu aku nak buat beli nasi bila balik dari belajar kereta tu. Tapi aku tergerak hati pula nak balik ke Taiping rumah kakak aku. Aku rasa aku patut balik ke sana sebab kakak aku nak pindah ke Johor 3hb April ni dan semua ahli keluarga aku datang pada hari ni di rumah kakak aku tu. Rugi la kalau aku tak turut serta. Aku kalau bab-bab keluarga ni memang jatuh nombor satu tau. Walaupun duit tinggal RM5, aku sanggup korbankan untuk tambang bas aku. Sanggup aku cari lagi 20sen. Sebab tiket dari Parit Buntar ke Taiping RM 5.20. Aku dah fikir masak-masak. Hangus dah. Aku perlu juga balik Taiping petang tadi. Masa pukul 4 p.m tadi aku memang betul-betul lapar (makan sekeping roti sahaja sebelum keluar bilik) dan penat (akibat pusing stering nak parking banyak sangat). Lalu aku mengorbankan RM 10 dalam akuan bank aku yang patut aku simpan untuk masa darurat sangat-sangat. Tapi mungkin waktu sekarang adalah paling darurat. Aku guna duit tu beli KFC (demand). Set D. Baru aku boleh teruskan perjalanan balik ke Taiping.

***

Masa kat Stesen Bus Kamunting Raya, masa aku sedang syok menaip mesej, ada seorang lelaki sebelah aku ni tegur aku. Dia suruh aku jaga beg dia. Dia kata nak beli rokok. Lalu dia berlalu ke arah bukan kawasan kedai. Tetapi ke arah yang bertentangan la kiranya. Mula-mula aku tak rasa pelik lagi. Bila aku lihat balik barang-barang yang dia suruh jaga tu aku dah mula hairan. Mana tak semua beg warna pink, memang yang macam gadis-gadis la. Memang tak patut la itu barang dia kan? Dia lelaki putih (memamg mati-mati aku ingat dia Cina), kacak dan mencurigakan. Sampai abah aku call dia tak datang lagi. Aku dah keliru waktu tu. Kalau aku tinggalkan aku rasa aku ni tak amanah lak. Tapi bila aku fikirkan ke-tidak-releven-nya itu barang beliau aku pun berambus balik ke kereta abah aku. Memang takut lagi.

***

Sampai kat kereta abah aku, aku lihat ada anak sedara aku, Musfirah. Dia duduk depan masa tu. Aku pun duduk la belakang. Dia sibuk bercerita dekat aku. Aku pun tengah letih masa tu. Tak lah layan dia sangat. Aku pun cari la benda nak buat dia duduk diam-diam kat depan dengan menyuruh dia pakai tali pinggang keledar. Ikuti perbualan yang memang buat aku tak rasa penat terus:

Musfirah: Tok, pakaikan seat belt ni boleh tak?

Abah aku: Tak payah. Dah nak sampai ni. (Sangat cool Abah aku !)

Musfirah: Eeee, spider..spider..spider..

Abah aku: Haah.Spider tu kakak. (Panggilan Musfirah daripada keluarga kami. Dia cucu sulung)

Aku: Macam mana kakak tahu tu spider?

Musfirah: Kakak tengok cerita spiderman tadi. Tok tak leh jadi spiderman.

Aku: Kenapa Tok tak leh jadi spiderman?

Musfirah: Sebab dia kecik lagi. Tapi Aizam (Anak pengasuh keluarga kakak aku) boleh.

Aku: Kenapa Aizam boleh lak?

Musfirah: Sebab dia manusia. Dia orang baik.

Aku: (Gelak besar)

***

Aku rasa itu sahaja yang menarik untuk entri hari ini.

Selamat malam.

p/s: Musfirah baru sahaja berumur 4 tahun.

Bai.

Saturday, March 28, 2009

Entri Memohon Maaf untuk Cik Bibah

Kepada Cik Bibah,

Aku memohon maaf sekiranya tadi aku marah kau dengan sengaja. Kau datang silap masa. Waktu aku baru bangun tidur dan kau pula membebel-bebel buat aku rasa lagi nak marah. Memang aku dah marah kau pun. Aku memang macam tu. Pantang orang tegur bila aku baru bangun dari tidur tak kira masa mkay? Macam kau tak kenal aku. Maafkan aku ye Cik Bibah.

Bai.

Friday, March 27, 2009

Duit, Honda & Calculator ?

Aku sangat stess disebabkan hal kecil je pun. Pasal printer aku rosak. Sebenarnya bukan printer aku yang rosak pun. Catridge dia yang ada masalah. Yang warna tu dah memang bocor. Yang hitam lak merajuk la kot sebab selalu sangat guna dia. Tapi nak buat macam mana dah tu kerja yang dia perlu buat. Nak buat hal pun waktu aku betul-betul perlukan dia lak tu. Memang she-bai !

Sekarang aku tengah nak pilih printer mana yang bagus. Yang boleh cetak sampai berjuta-juta kertas tanpa perlu tukar catridge dia atau perlu isi semula. Ada ke?

Duit pun tak da lagi nak beli baru. Yang tinggal dalam beg duit aku ni hanya RM 1.50. Untuk esok mungkin aku akan cari daun atau kayu kat tepi jalan nak pergi kelas. untuk makan tengah ari dan malam. Abah aku selalu bagi idea macam tu kat aku bila aku mengadu duit dah abis. Nak tak nak kena buat juga la.

Aku dengar ada kalkulator jenama Honda. Jadi aku nak printer jenama Honda juga la. Mesti HEBAT.

Bai.

Thursday, March 26, 2009

Gloomy

Sejak semalam aku rasa macam sedih, tak gembira. Aku betul-betul tak tahu punca mengapa aku boleh rasa macam ni. Sepatutnya aku rasa seronok bila balik dari Dinner School aku. Tapi sebaliknya. Orang sekeliling pun tegur hal yang sama. "Kenapa aku nampak gloomy?" dan aku tak dapat menjawap kenapa.

Aku takut nanti aku membuatkan orang disekeliling aku rasa tak selesa dengan ke-tidak-seronok-kan aku ni. Harap ada sesuatu atau seseorang dapat membantu aku keluar dari zon tak gembira aku ni. ='(

Nak nangis jap.

Bai.

Wednesday, March 25, 2009

Dua Hari

Dalam dua hari ini aku bukan sibuk menaip tesis pun. Tapi aku sibuk tengok cerita. Aku nak cerita serba sedikit apa yang aku dah tonton dalam tempoh masa dua hari ni.
  • Bride Wars
Aku tengok cerita ni buat aku lagi gatal nak kahwin. Sekarang pun memang tengah gatal nak kahwin. Bila tengok cerita ni tahap "kegatalan" aku naik secara mendadak terus. Tak dapat dibendung lagi mkay? Aku suka tengok diorang buat persiapan nak berkahwin tu. Aku nak rasa teruja macam tu la. Bukan teruja di malam pertama mkay? Akhir sekali ending dia puas hati ada sedih pun ada. Emma tak jadi kahwin. Kalau aku jadi dia pun aku akan batalkan perkahwinan aku. Tapi mungkin lebih awal. Tak kan nak malukan pihak lelaki pulak kan. Tapi pada pandangan aku kalau kita dah tak ada persefahaman dengan pasangan kita tak elok kalau diteruskan. Mungkin akan menjejaskan hubungan kita akan datang. Mkay cukup untuk cerita ni.
  • The Unborn
Cerita ni aku memang kemaruk nak tengok lepas aku tengok preview dia kat TV ritu. Aku memang pengemar cerita hantu seram-seram ni. Aku dengan rasa beraninya tengok cerita ni pukul 12 a.m sorang-sorang. Konon berani la. Aku buat-buat cool la. Tapi ada satu bahagian cerita tu aku sangat terkejut sampaikan aku menjerit dengan kuat sekali lalu membuatkan teman sebilik aku terkejut jugak dengan respon "woi kenapa ni?". Tapi aku buat-buat tengok cerita balik macam tak ada benda terjadi. Sekali tu je la aku menjerit. Yang lain aku hanya tutup mata atau perlahan kan volume je (cara aku tak nak dengar benda ngeri). Keseluruhannya memang best.
  • Marley And Me
Cerita ni memang aku nak tengok sebab Owen Wilson yang berlakon. Aku memang suka dia. Lama woo cerita ni. Nak dekat dua jam jugak la. Aku suka keluarga macam dalam cerita ni. Diorang sama-sama hadapi segala rintangan dan dugaan berumahtangga bersama-sama. Memang sweet. Cerita ni berjaya buat aku menangis di akhirannya. Sedih bila tengok Marley nak "pergi". Macam aku pulak yang berlakon dalam cerita tu kan. Heh.
  • Night Train
Mula-mula aku ingat cerita hantu. Rupa-rupanya bukan. Aku tak boleh nak klasifikasikan cerita ni. Sebab aku bukan orang filem kot. Heh. Tapi aku suka cerita macam ni. Moral daripada cerita ni ketamakan boleh membuatkan seseorang tu berubah perwatakkan. Takut jugak kalau jadi situasi macam tu kat aku. Pengakhiran cerita ni memuaskan hati aku. Nasib baik.
  • Beverly Hills Chihuahua
Masuk cerita ni dah dua cerita aku tengok melibatkan anjing. Cuma bezanya jenis anjing yang terlibat je la. Cerita ni cerita ringan. Aku tengok sebelum tidur petang tadi. Boleh la.
  • Vacancy 2
Aku ada tengok cerita Vacancy 1. Aku tengok kat wayang dengan Incik Buron. Cerita kejam-kejam macam ni aku suka tengok. Tapi rugi la. Sebab aku banyak tutup mata dan telinga. Heh. Yang kali ni kurang kejam dari yang pertama aku tengok tu. Sebab cerita ni mula asal cerita dari cerita Vacancy 1. Baru suam-suam kuku la. Walaubagaimana pun aku tetap jugak perlahankan volume. Heh.

Itu je la aku dapat ceritakan. Aku memang suka membuang masa. Haih.

Mkay?
Bai.














Thursday, March 19, 2009

Tas Tangan Saya

ditagged oleh bibah.

1. Show Your Beg

Handbag Victoria's Secret. Handbag ni yang aku selalu pakai.Beg ni abang aku yang bagi. Dia macam tau-tau je aku suka pakai beg besar dan berwarna putih. Masa dia bagi beg ni ada sekali lip gloss dan eye shadow. Dua-dua warna dia cantik. Teruja juga la bila pagi-pagi jumpa beg ni kat ruang tamu rumah aku. Hehe.

Aku tahu yang bibah memang berkenan dengan beg ni. Sampai sudah aku tak pesan kat abang aku belikan untuk kau. Maaf ye. Pinjam je la kat aku. Heh Heh.

2. Mention What Is In Your Beg

  • Bedak muka.(old school)
  • Lip Gloss
  • Lip Balm
  • Beg Dompet
  • HandPhone
Senarai atas ni yang umum aku selalu bawa. Yang lain tu ikut aku la bila aku rasa nak bawa. Tapi selalunya beg aku penuh sendat. Tak paham aku. Aku tak tahu aku bawa apa. Tapi aku memang dah macam tu. Suka angkut semua barang walaupun barang tak penting.

Ok sekian.

Bai.

Son of a biscuit

Esok ada test.

Memang menyampah.

Lusa pun ada test jugak.

Boleh jatuh pengsan macam ni.

Memang biskut.

Nak sediakan toyol jap.

Bai.

Monday, March 16, 2009

cerita lucu 1

situasi 1

Incik Buron: eh. Sini ada boxer jugak. Ada Brand lagi. Eh. Siap ada dua lagi untuk satu pack ni. Kene beli ni.(Dengan nada sangat teruja)

Hairdo
: haah la. Beli la. Rugi kalau tak beli.


Selapas seminit pilih-pilih boxer tersebut baru aku perasan sesuatu.

Hairdo: Lor.. Bukan ada dua boxer dalam ni. Warna plastik ni yang berbeza depan belakang. Yang depan lutsinar. YAng belakang warna biru. Kira Incik Buron tersilap tengok la ni.(Sambil tahan gelak)

Incik Buron: eh betol ke?(tersipu-sipu malu).


Aku serba salah jugak nak bagitau hal sebenar. Takut dia malu. Tapi perlu jugak bgtau sebab takut kalau-kalau lepas dia sampai rumah dia tengok boxer dia ada satu je mau dia hangin satu badan.

Situasi 2

Perbualan dialih bahasa ke Bahasa Malaysia.

Penemu Duga: Awak tahu berbahasa Jepun?


Incik Buron: Tahu juga. Kadang-kadang saya tonton cerita Jepun.


Penemu Duga: Berikan contoh cerita yang awak tonton.


Incik Buron: Winter Sonata.


Penemu Duga gelak besar selepas tu. Untuk pengetahuan semua Winter Sonata adalah drama Korea.

Sekian.

Bai.

dear masa

masa tolong lah cepat berlalu. aku dah betul-betul letih, penat, nak harungi semua ni. dugaan yang Allah berikan kat aku ni memang hebat. kadang kala aku rasa aku tak boleh nak harungi semua ni. Tapi aku yakin dan aku tahu yang semua ni akan pulih semula seperti biasa masa demi masa. aku cuma perlu bersabar. Aku harap aku tak cepat putus asa dan mudah naik marah dengan semua ni.

Minggu ni paling sibuk buat aku.

Paling stress.

Kerja memang dah beratur nak tunggu aku siapkan ni. Aku masih lagi tengah bahagikan borang-borang pada kerja-kerja aku untuk mereka pilih waktu mana yang sesuai untuk mereka diselesaikan oleh aku. haih.

Aku perlu bersiap-siap untuk bermesyuarat sebentar lagi.

bai.

Saturday, March 14, 2009

Pengenalan

blog ni didedikasikan untuk diri aku sendiri.
tempat aku nak bersuka suki tanpa mengeluarkan suara.
gelak mengilai.
dan macam-macam lagi.
terima kasih.

bai.

Friday, March 13, 2009

4.50 a.m

baru sebentar tadi aku balik dari mamak dengan incik buron.
masa kami lalu depan jabatan pembangunan campus aku, aku nampak de sekawan haiwan berwarna hitam tengah nak melintas jalan.
ikuti perbualan kami:

aku: incik buron cube tengok pe benda tu?macam babi je.

incik buron: eh tak la.macam anjing je.

aku: tak la.cube tengok betol-betol.

dan memang pun babi. sepasang babi dan lima ekor anaknya sedang ingin melintas jalan.

aku: jap-jap incik buron.berenti jap.nak tangkap gambar jap ni.(dalam gelak besar)

incik buron: tak payah.tutup tingkap tu.

aku: ala...

tapi pas tu aku tetap gelak tak hengat nyer la.yela.bayangkan la ada babi dalam campus aku ni.dah la hari tu aku pernah jumpe sekumpulan memerang belakang hostel aku ni.haih.dah macam zoo la pulak.

p/s: incik buron adalah kekasih hati aku.

ok sekian.

bai.