Tuesday, September 1, 2009

Cuaca Tidak Berapa Baik

Sejak dua menjak ini aku susah nak tidur. Aku hanya tidur tiga hingga empat jam sehari. Kalau aku nak lelap pun susah.

Pagi tadi aku terbangun pukul 12.46 a.m sebab aku dengar bunyi bising di dapur. Aku ingatkan waktu sahur. Tengah malam pun mak aku bising di dapur. Haih.

Lepas sahur aku tak tidur sehingga la entri ini di-post-kan.

Mungkin aku sedang mengalami patah jiwa atau jiwa patah. Macam-macam perkara yang perlu aku fikirkan. Macam-macam masalah yang datang. Aku tidak salahkan Incik Masalah sebab masalah tu aku yang cipta sendiri. Sekarang aku yang kepatahan disebabkan masalah yang aku cipta ini. Aku cuba untuk menyelesaikannya secara rasional. Bukan secara nasional.

Sampai di sini sahaja entri kali ini.

Waktu tengah hari macam ni sesuai untuk makan. Heh Heh Heh.

P/s: Puasa penuh lagi tau.

Saturday, August 29, 2009

Aku Boleh Jadi Pelakon Terhebat !

Aku nak cerita sesuatu yang terjadi siang tadi.

Hari ini aku balik ke rumah. Macam biasa aku naik bas. Bukan kereta mahupun motosikal. Tak sangka bas yang aku naik kali ni penuh dengan penumpang. Sebelah aku seorang gadis berbangsa India. Dua perkara yang aku aku tak puas hati dengan gadis ni.

Pertama.
Dia panggil aku "kakak". Walhal aku rasa dia tak muda pun.

Kedua.

Dia memasang radio tanpa memakai headphone. Dalam bas. Lagu India. Watafak !

Hal pertama tu aku boleh terima lagi. Hal kedua tu memang buat aku hangin.

Selepas lima minit dia melaksanakan aktiviti kedua tu, dia bertanya pada aku:

Gadis India: Kakak terganggu ke dengan radio saya ni? Kalau terganggu bagitahu saya ye.

Aku: Eh tak la (dengan senyum lebar terukir dibibir).

Kamu tak rasa ke yang aku ni sangat hipokrit waktu tu? Dan dalam hati aku, aku menyumpah diri sendiri kerana berperangai seperti Yahudi. Haih.

Pahala puasa berkurangan.

Tanpa aku bersikap jujur, gadis tersebut macam tahu-tahu yang aku ni tak selesa dengan lagu-lagu dia tu, selepas lima minit, tidak lagi kedengaran lagu-lagu bingit datang dari radio beliau. Lega.

Itu sahaja untuk tantapan sahur kali ini.

Bai.

Thursday, August 6, 2009

Orang Baru Dan H1N1

Aku berfikir.

Aku tertanya-tanya.

Bagaimana kita perlu menyesuaikan diri dengan orang yang baru kita kenal?

Adakah perlu kita menunjukkan sifat kita sebenar? Tidak hipokrit.

Atau

Atau

Atau

Kita jadi seorang yang lain daripada sifat sebenar kita? Hipokrit.

Atau

Atau

Atau

Kita hanya berdiam diri, memerhatikan gelagat orang lain sebelum mengatur langkah untuk menjalinkan satu hubungan yang kita rasa sebagai "kawan", "rakan sekerja", atau "musuh"?

Perlukah kita mengambil kira semua perkara yang manusia sekeliling kita kata?

Atau

Atau

Atau

Kita hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja kata-kata mereka?

Entah.

Tiada jawapan buat masa ini.

Bai.

p/s: Esok perlu pakai topeng muka. Budak sekolah aku ramai yang demam. Tahi.

Saturday, August 1, 2009

Hujung Minggu Yang Membosankan

Semalam berakhirnya kerja aku yang satu lagi. Alhamdulillah. Hanya menunggu wang yang turun dari langit sahaja selepas ini.

Aku mula bosan pula jika tidak bekerja. Rindu pada incik Buron. Sudah lama tidak berjumpa.

Hidup ini membosankan bila sampainya hujung minggu.

Tuesday, July 14, 2009

Hari Pertama

Hari ini aku memulakan kerja sampingan aku. Bukan kerja sebenar yang aku tunggu.

Memang rasa gelabah, biasalah aku memang begitu. Kelas bermula jam satu tengah hari. Tetapi hari ini hari Isnin jadi ada la perhimpunan. Perhimpunan diadakan di kantin sekolah bukan di dewan kerana dewan digunakan untuk murid-murid menghadapi ujian percubaan UPSR keesokkan harinya. Aku ditugaskan untuk mengajar kelas 1 Gemilang. Hari ini aku mengajar subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Seni, Matematik dan juga menjadi guru ganti untuk kelas Bahasa Inggeris.

Ada beberapa peristiwa lucu sepanjang aku mengajar hari ini. Mula-mula di waktu pendidikan seni ada dua tiga murid menambah hasil kerya mereka dengan menulis "Saya sayang cikgu Ain" dan " I love you". WTF. Aku layankan sahaja. Sewaktu mengajar Matematik, aku lupa yang perlu mengajar dalam Bahasa Inggeris. Sudah hampir 15 minit aku mengajar tiba-tina seorang anak murid aku menjerit, "Cikgu kenapa tak ajar dalam Bahasa Inggeris?". Aku terkedu pada mulanya. Tetapi masih bermuka sejuk. Fak.

Tapi bila sampai sahaja aku di rumah aku menangis kerana aku rasa terlalu beban dengan kerja walhal ini baru hari pertama. Lumrah la. Dulu aku mula bekerja sebagai pelayan pun begitu. Lama kelaman aku sudah terbiasa.

Keseluruhannya berjalan lancar.

Semoga hari esok lebih ceria.

Amin.

Sunday, July 12, 2009

Kau Berak Tak Basuh Jangan Bising.

Hari ini aku terlewat dua minit ke kerja. Ini disebabkan abah aku lewat sampai di rumah akibat mak aku sibuk membeli belah di pasar malam. Aku sudah beritahu mereka awal-awal yang aku perlu ke kerja sebelum jam 7 malam. Tapi mereka buat macam kerja aku tu tak penting. Mungkin mereka tidak berapa suka dengan kerja aku sekarang.

Sampai sahaja di kedai tempat aku bekerja, salah seorang bos aku (aku tak tahu nama dia dan tak mahu tahu) sudah buat muka sialan dengan aku. Padahal aku hanya lewat dua minit. Sebelum ini aku datang awal 30 minit aku tak buat muka sial pun pada dia. Aku tahu pengurusan masa itu penting. Tapi ini bukan disebabkan aku suka-suka untuk datang lewat dan aku sudah pun meminta maaf pada mereka. Aku memang sudah tiada hati untuk bekerja di sana. Kau boleh mula mencari pekerja baru.

Aku tak mahu sudah cerita pasal si sialan tu. Sekarang cerita fasal hal gembira pula. Aku diterima untuk menjadi guru ganti di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sitiawan. Aku agak teruja. Boleh aku cari wang lebih. Ya aku sekarang memerlukan wang. Baru-baru ini mak aku kata dia tak mahu aku pakai baju kebaya untuk majlis convocation aku. Dia kata tak sesuai dengan perempuan gemuk macam aku. Jadi sekarang aku perlu cari baju baru dan memerlukan duit. Mak aku memang selalu begitu. Haih.

Hari isnin ini aku mula bekerja sebagai guru ganti mengajar budak darjah satu. Aku memang tiada bakat nak mengajar. Tapi aku tak mahu memilih sangat. Amik sahaja peluang yang ada. Harap semua berjalan dengan lancar. Amin.

Baiklah. Aku sudah penat menaip. Sekarang aku mahu menekan tetikus sahaja.

Selamat malam.

Bai.

Saturday, July 11, 2009

Masalah adalah sahabat kita

Lagu yang sesuai untuk aku waktu ini.


Mana Satu Kau Mahu Pilih, Manusia Atau Haiwan?

Aku boleh cerita fasal ragam manusia sampai hujung dunia pun tidak selesai.

Manusia tiada sesiapa pun yang sempurna di dalam dunia ini. Kerap kali melakukan kesilapan. Tetapi kalau kita tidak membuat kesilapan kita tidak dapat belajar sesuatu yang bernilai. Sesuatu yang membuatkan kita lebih berhati-hati dan lebih matang dalam melakukan sesuatu tindakan.

Setiap tindakan ada alasannya. Bukan sekadar suka-suka, iri hati, hasad dengki atau pun hobi. Berfikiran positif adalah jalan terbaik untuk membuatkan kita menjalani hidup dengan sihat.

Selama kita hidup ini kita akan berjumpa dengan ramai manusia, pelbagai ragam. Bukan hanya seorang yang kita boleh harapkan sebagai kawan baik kita yang boleh kita kata kan dia ini kawan dunia akhirat aku. Walaupun kita kenal dia hampir sepanjang hidup kita, tidak semestinya dia akan baik atau jahat sampai bila-bila. Manusia boleh berubah. Berubah demi masa, usia dan juga alam sekeliling mereka. Kita sendiri juga sebenarnya sudah banyak berubah. Tidak kira dari segi fizikal, cara pemikiran, sifat kita. Memang ada yang kita boleh kekalkan, tetapi ada sesuatu yang akan bertambah atau berkurang.

Manusia lain boleh mengaggap kamu seorang yang jahat atau baik terpulang pada mereka. Kita tiada kuasa nak menghalang otak mereka daripada memproses atau melabel kita sebagai apa. Kita tidak rugi apa-apa.

Jangan terkejut kalau selama ini kita kenal manusia yang bernama kawan ini sebagai seorang yang baik hati, tiba-tiba menjadi manusia yang kita tidak kenal sebenarnya mereka.

Jangan disangka air yang jernih tiada buaya.

Manusia yang bermulut manis tidak semestinya hati mereka semanis mulut mereka.

Lebih baik kamu berkawan dengan haiwan bukan?

P/S: Ini pendapat dari aku. Kamu boleh membuat kesimpulan sendiri. Mungkin kamu ada pendapat sendiri bukan?

Thursday, June 25, 2009

Perihal Susu

A: Mak ada susu baru tak?

M: Ada. Habiskan yang ni dulu.



A: Aku
M: Mak

Setelah tiga hari tidak bertegur sapa.

Wednesday, June 24, 2009

Arnab Bukan Playboy



Aku ingin gembira dan mempunyai ramai kawan seperti mereka.

Tuesday, June 23, 2009

Big Fat Liar



Suka juga iklan ni.

I'm Happy But Lonely


Aku tak la berapa gembira. Tetapi tidak begitu susah hati juga. Susah hati kerana masih belum bekerja. Memang sadis.

Sebulan lebih aku dirumah. Aku tak banyak meluahkan kata-kata. Hanya menjadi seorang pendiam. Tiada tempat untuk aku bercerita. Dirumah hanya ada mak dan abah sahaja. Sudah dua hari aku tak bertegur sapa dengan mak. Ini semua gara-gara dia marah kerana aku obses dengan laptop sendiri. Tiada apa yang aku nak lakukan selain mengadap sehari suntuk didepan laptop aku. Nak menonton televisyen pun tidak boleh kerana TV aku baru sahaja rosak. Tak tahu kenapa tetapi ini gara-gara abang aku. Nasib baik masih dibawah warranty. Nak tonton di ruang lagi satu tak selesa kerana tiada kerusi empuk untuk aku melepak-lepak.

Aku rasa seperti keseorangan dan sunyi. Tiada tempat untuk aku berkongsi cerita atau bergelak ketawa.

Tapi aku tidak sedih kerana sunyi.

Itu sahaja yang aku nak taip buat entri kali ini.

Bai.

Tuesday, May 26, 2009

Operasi Bahagi

Pagi ini aku bangun aku teringat waktu aku kecil dahulu. Tak tahu angin pagi ni buat aku nak bercerita pasal zaman sekolah aku dahulu.

Waktu aku darjah 1 hingga 3 aku ni macam paling bodoh dan lembap dalam keluarga aku. Aku baru boleh baca ABC waktu aku hampir masuk ke darjah dua. Aku pernah dengar parents aku bersembang dan aku terdengar ayat ini "Kenapa la ana ni lambat sket nak paham ye. Yang lain laju je". Bila aku dengar tu ada sedikit terkejut dan terinsaf sebentar. Ada sekali tu aku pernah dirotan 30 kali oleh cikgu matematik aku disebabkan aku buat silap dalam operasi bahagi. Aku menyelesaikan operasi bahagi tu dengan gabungan operasi darab dan tambah. Sebenarnya aku tak datang sekolah semasa cikgu ajar operasi bahagi tu. Aku tak pasti kenapa aku tak hadirkan diri ke sekolah masa tu. Mungkin aku demam. Aku bukan ponteng ok. Aku memang dilatih jangan sesekali ponteng sekolah. Tapi kali ini aku memang tak hadir ke sekolah. Dan keesokan harinya aku dah kena siapkan kerja sekolah matematik yang banyak. Disebabkan aku ini memang pelajar yang rajin sedikit daripada pelajar lain masa itu aku pun selesaikan kerja sekolah tersebut semasa disekolah. Waktu itu aku tak tahu nak buat operasi bahagi tu jadi aku tanyalah seorang rakan sekelas aku ni. Nama dia Ain. Waktu aku tanya tu dia sedang sibuk bermain. Iya la. Budak darjah 3, kalau tak ada cikgu mesti la nak mainkan. Tapi aku ni saja yang pelik nak siapkan awal-awal kerja sekolah ni. Yang Ain ni pun ajar la aku dengan tak ikhlas dan nak cepat. Dia ajar aku operasi bahagi ni senang sahaja macam operasi darab. Aku pun ghairah la menghabiskan semua kerja sekolah tu. Esoknya aku kena panggil ke hadapan kelas dengan cikgu matematik aku, Puan Norizan. Dengan muka benggang dia kata semua kerja sekolah aku ini salah dan tak pasal-pasal aku kena rotan 30 kali ditangan. Menangis. Malu. Semua ada. Kawan aku bernama Ain tu buat tak tahu apa-apa je. Marah aku. Balik rumah aku tanya abah aku. Abah aku la yang ajar macam mana nak buat kerja operasi bahagi tu. Tapi sejak kejadian tu aku jadi rajin dan tetiba jadi pandai dan juga cepat tangkap apa yang orang ajar. Aku dikalangan pelajar yang bijak dalam matematik juga la. Bukan besar diri. Tapi aku memang suka matematik. Cuma sekarang je otak aku da semakin liat dengan nombor.

Itu waktu aku darjah 1 hingga 3. Waktu aku darjah empat aku mula menunjukkan prestasi pembelajaran yang baik. Tetapi cikgu-cikgu masih tidak mengiktirafkan aku sebagai pelajar elit. Konon-kononnya pelajar elit ini lah yang akan cermerlang dengan keputusan 5A atau 4A dalam UPSR. Mungkin disebabkan aku ini dari dulu sampai sekarang tak suka sangat nak show-off sana sini aku tak peduli la semua itu. Asal aku gembira sudah. Hanya cikgu matematik aku sahaja yang percaya aku boleh jadi pelajar cemerlang. Parents aku pun tak tahu sangat kebolehan aku. Tapi yang membuka mata semua pihak apabila keputusan UPSR keluar. Aku dapat 4A dan 1* (tak boleh beritahu). Cikgu-cikgu semua agak terkejut. Pelajar-pelajar elit yang aku kata tadi tak dapat pun semua A mahu pun setanding aku. Aku memang puas hati. Siapa suruh nak sangat pilih kasih. Amik.. Waktu aku beritahu mak abah aku keputusan aku, mereka terkedu. Dimata mereka nampak sinar kegembiraan tapi tak mahu ditunjukkan diluar. memang ego. Tapi disaat itulah aku tahu aku sudah mengembirkan hati mereka.

Aku tak memilih untuk bersekolah berasrama atau jauh daripada keluarga. Aku bersekolah harian yang biasa. Tetapi aku masih boleh belajar dengan baik. Kisah sekolah menengak aku tak nak cerita hari ini. Mungkin dilain entri.

Tapi ada sesuatu yang aku nak ceritakan disini.

Sewaktu aku menjejakkan kaki aku masuk kerumah sewaktu aku balik dari USM tempoh hari Abah aku menghulurkan tangan dan berkata "Tahniah Ana, abah tak sangka kau boleh habiskan belajar ni. Abah ingat kau dah give up waktu tahun pertama dan tahun kedua dulu". Aku sangat-sangat terkedu. Aku tak sangka dia berbangga dengan aku selama ini. Aku tak menangis gembira didepan dia. Tetapi aku menangis di dalam hati.

Aku akan ingat ayat beliau sampai bila-bila. Terima kasih Abah...

Aku akan balas jasa mereka suatu hari nanti. InsyaAllah.

Amin.

Sunday, May 24, 2009

Diari Seorang Loser Part 2

Hari ini agak luar biasa kerana aku ada beriadah sedikit dengan keluar melagho bersama jiran aku bernama Najia Harman. Aku seorang yang suka duduk rumah. Selama aku hidup ni la aku ni memang jarang nak keluar rumah melainkan aku ikut parents aku atau family aku. Itu bukan bermakna aku ini anak mak atau abah. Aku cuma anak manja. Eh bukan. Aku anak manusia. Oh berbalik kepada keluar melagho tadi, aku keluar pun ada tujuan. Aku perlu memberi barang-barang peribadi. Persediaan untuk aku berangkat ke Kota Kinabalu, Sabah. Barang kat sana mahal. Tak mampu aku nak beli semuanya di sana. Lagi pun di Sitiawan ni barang dia amat memuaskan hati aku. Murah sangat berbanding ditempat lain. Heh.

Tak lupa untuk aku beritahu yang aku ada membeli tiket untuk menonton wayang cerita Night At The Museum 2..Esok malam bersama Najia Harman.

Akhir sekali sebelum aku menghabiskan ayat aku ini aku ingin berterima kasih kepada Siti Aishah kerana membuat blognya sendiri atas galakan aku. Aku sangat-sangat terharu. Tq Babe.

Ok itu sahaja.

Bai.

Thursday, May 21, 2009

Diari Seorang Loser

Sejak aku dah habis belajar ni dan disebabkan aku tak dapat kerja lagi ni membuatkan aku rasa aku seperti loser amat. Walaupun tak sampai seminggu di rumah aku dah rasa bosan. Disebabkan aku duduk rumah aku akan bangun lewat. Disebabkan aku bangun lewat ini yang membuatkan rezeki aku tak meriah. Tapi aku tetap degil nak bangun lewat. Aku ingat aku nak berubah. Tapi bila aku nak berubah je mesti aku lupa esok paginya. Kenapa ek?

Sejak aku berjauhan dengan BFF aku, aku rasa cam sunyi. Tak ada lagi orang yang nak dengar aku merepek tiap-tiap malam sebelum tidur, tiada lagi si dia nak gelak besar dengan aku, tiada lagi si dia nak temankan aku singgah mapley beli nescafe ais, tiada lagi si dia nak temankan aku menonton cerita-cerita ngeri dengan aku, tiada lagi si dia nak bergaduh mulut yang dasyat dengan aku. Nasib baik terciptanya telefon bimbit yang menggunakan perkhidmatan postpaid. Kami masih berhubung. Walau aku sedih walau aku gembira dia tetap ada disisi aku. Kawan lagi penting dari cinta mungkin. Kau tahu siapa kau kan. Tak sabar nak tunggu kau ada broadband. Heh heh heh.

Aku nak sambung makan Toasted Twister tak sedap ni.

Bai.

Thursday, May 14, 2009

Aku Hidup Lagi

Dah lama tak menulis di sini. Macam aku ni sibuk belaka je. Padahal aku lah manusia yang paling lapang sekali dua tiga empat menjak ni.

Sekarang aku sudah menjadi pengguna broadband maxis. Jangan tanya aku yang mana satu aku pakai. Sebab tak penting untuk orang lain tahu. Heh.

Aku dah lama tak menulis bukan sebab aku dah mati atau di lokap. Tetapi aku memang tiada perasaan untuk tumpu di sini. Sejak aku dah boleh surf macam-macam ni, aku jadi tak pandai lak nak gunakannya. Lama-lama macam bosan pula.

Ok la. Aku tak ada mood ni.

Bai.

Sunday, May 3, 2009

Perlu Jawap.

Ditagged oleh bibah.

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?


Mulan Si Perempuan sihir sebab aku tengah layan drama bersiri ditv9 bertajuk Merah Putih. Boleh la.

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://searthosethoughtsofme.blogspot.com/

Incik Buron yang bagi idea. Lirik lagu Smashing Pumpkins.


3. Apakah method dalam penulisan blog anda?

Apa itu method?

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?

Kau ingat blog ni nyamuk ke?Tak.

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Boleh tahan.

6. Senaraikan calon yang akan di tag:

Tak ada.

Thursday, April 30, 2009

PRESIDENT

Hari ni program yang aku dan bluejay rancangkan tak menjadi. Babi.

Disebabkan tiada respon dari sesiapa aku merajinkan diri buat slide untuk viva petang esok. Ini lagi satu hal. Shebai sungguh sebab aku tak ada idea langsung. Aku dah tak ada mood kat sini. Rasa nak balik rumah sahaja. Oh ya. Aku baru sahaja merdeka. Maksud aku bukan aku selama ini dijajah atau jadi kuli sesiapa. Aku merdaka daripada menjadi seorang student dan peperiksaan yang membuatkan aku jadi separuh gila. Ada lagi satu sahaja yang tidak lepas. Aku belum lagi habis VIVA untuk FYP aku. Shebai bosan.

***

Tadi petang abah aku call. Lama juga bersembang dengan dia. Topik dia tetap sama. Mahu aku balik dan juga memperolehi pointer yang lebih 3.5. Memang fak. Tetapi aku tetap bodoh juga. Aku tahu aku boleh buat. Tetapi aku malas. Semua orang dilahirkan bijak. Cume bergantung kepada orang tersebut sahaja untuk memajukan diri mereka sendiri. Sama macam aku la. "Berkata-kata memang mudah"

***

Aku dan Incik Buron ada merancang untuk bercuti. Tapi tak tahu lagi dimana. Sedih pula. Ya la aku dah nak keluar Penang, dia pula nak balik ke Penang. Haih.

***

Aku nak layan Merah Puteh jap.

Bai.

Wednesday, April 29, 2009

EBS 419

Esok aku ada paper terakhir iaitu Teknologi Letupan atau dalam "England" Blasting Technology.

Doakan aku ya.

Bai.

Tuesday, April 28, 2009

Lady Gaga dan Viva La Vida

Lagu ni aku suka dan aku suka Lady Gaga juga.


Hari ini Aku Belajar Sesuatu

Hari ini aku keluar bersama teman sekampus aku, Ejan dan juga Iza. Aku yang ajak diorang. Aku memang nak sangat berjalan. Sebab aku nak bawa kereta. Heh. Kami gerak keluar dari kampus jam 6 petang. Tapi jam 6.45 petang baru kami bergerak dari parit buntar ke Jusco Perda. Ini disebabkan ada masalah dimesin deposit kat Maybank Parit Buntar. Aku memang ditakdirkan bernasib malang dengan mesin ATM atau mesin Deposit tu. Kalau aku guna saja mesti tergendala la, offline la, urusan tak boleh diteruskan la. Bila orang yang menunggu selepas aku guna ok je. Jahanam betul.

Mula-mula Iza yang memandu. Kami makan kat Johnny's. Aku pesan set Nasi Gorang Thai Nenas. Memang pergh. Sedap ! Tapi sebenarnya aku teringin nak makan steamboat lagi. Tapi mereka tak mahu. Aku terpaksa akur. Diorang nak ikut aku makan Johnny's ni pun dah kira syukur. Thanks. Lain kali nak ajak Incik Buron makan steamboat lagi. Oh ya, aku ada belikan sesuatu untuk Incik Buron. Hadiah tak seberapa. Tetapi bernilai buat aku. Aku harap dia suka.

Sebelum balik kami ada singgah di Secret Recipe. Aku tapau Chocolate Indugence secebis.

Kami bergerak balik ke kampus dalam jam 10 malam. Kali ini aku pula yang memandu. Aku terlajak banyak selekoh disebabkan aku ghairah menekan minyak. Aku ingat aku dilitar lumba Sepang. Heh. Iza dan Ejan banyak membantu. Aku tetap degil nak memandu lebih 90 km/j. Nasib baik mereka sangat sabar dengan perangai babi aku. Alhamdulillah kami selamat juga sampai di kampus sejahtera ni.

Terima kasih dengan kerjasama anda dalam menjayakan misi bersosyel aku pada hari ini ya.

Bai.

Monday, April 27, 2009

Empat Tentang

Ditagged oleh nadzirah. (Baru perasan)

1. 4 names that friend call you
  • ain
  • ainaziana
  • aina
  • ana
2. 4 Most Important dates in your life
  • 29 November (Tarikh lahir aku)
  • 21 Febuari (Tarikh lahir Incik Buron)
  • 6 Mac (Ulang Tahun Hubungan Aku dan Incik Buron)
  • 8 April (Aku perlu renew lesen)
3. 4 Things you've done in the last 30 minutes
  • Aku baru bangun tidur
  • Chatting dengan Ejan
  • Bercakap dengan Iza ditelefon
  • Bertenet
4. 4 ways to be happy
  • Dapat duit tiba-tiba
  • Maraton The Simpsons
  • Perhimpuanan Keluarga
  • Kebertemuan dengan Incik Buron
5. 4 of your favourite
  • Incik Buron
  • Homer Simpsons
  • Laptop
  • Lauk pauk
6. 4 things always found in your bag
  • Duit
  • Resit-resit
  • Tag
  • Ic
7. Top 4 u love soo much
  • Keluarga
  • Incik Buron (lagi)
  • BFF (siapa yang dah jadi kawan Paris Hilton)
  • Homer Simpsons
8. Top 4 'things' for you
  • Kerja
  • Duit
  • Hubungan aku dan Incik Buron hingga ke akhir hayat aku
  • Bentuk badan yang mengiurkan. Heh
9. Top 4 who you would like to answer this survey
  • Tiada siapa yang pernah bertuah dalam mana-mana servey

Ok.

Bai.

Sunday, April 26, 2009

EBS 418

Esok aku ada paper Kejuruteraan Petroleum atau dalam "England" dia Petroleum Engineering.

Doakan aku ya.

Bai.

Sepi

Aku mula duduk berseorangan dalam bilik ni. Aras ni pun hanya tinggal beberapa student je lagi. Mungkin student tahun akhir macam aku dan student yang belum habis exam lagi.

Bila tinggal sorang-sorang macam ni ada juga kebaikan dan keburukan dia. Aku mula dengan keburukan.

  1. Aku selalu dengar macam ada orang baru nak masuk bilik aku.
  2. Aku takut aku mati tiada siapa yang tahu dalam bilik ni. Heh.
  3. Telinga aku jadi lebih peka nak dengar benda merepek.
  4. Lampu depan bilik aku ni rosak. Memang gelap la. Macam bilik ahli sihir.
  5. Bila pergi tandas aku lihat lantai kering buat aku rasa tak seronok nak berak atau mandi.
  6. Aku cenderung tidur lebih lama. Tak baik.
  7. Aku bosan.
Kabaikan dia:

  1. Aku boleh cabut headphone aku. Lebih selesa.
  2. Lebih mendedah aurat.
  3. Bilik sangat sesuai jadi library. Senyap sungguh. Beza dia tak ada penghawa dingin je.
  4. Aku boleh minum air sejuk yang banyak sebab tiada pengguna lain yang nak guna water cooller kat bilik pantri.
  5. Boleh letak apa-apa barang kat mana-mana tempat sahaja.
  6. Boleh nyanyi kuat-kuat.
  7. Ampaian kat depan bilik ni aku sorang je yang guna. Tak perlu maki hamun penghuni lain sebab amik lebih ruang untuk spender. Heh.
  8. Mungkin lepas ni boleh main mercun pula.
Itu je la. Aku nak sambung menulis pula.

Bai.

Friday, April 24, 2009

Malam Masih Muda

Malam ini macam biasa aku tak boleh melelapkan mata lagi.

Aku rasa katil aku terlalu pendek. Kaki aku terjulur.

Mungkin sebab aku panjang.

Dan aku rasa atas katil aku terlalu banyak barang. Sampaikan aku tolak Lovelace, selimut-selimut dan bantal aku ke bawah.

Teman sebilik aku pulak sibuk nak packing barang pagi-pagi buta ni. Macam masa siang tadi tak ada je.

Aku kalau nak tidur mesti dalam keadaan gelap, tiada sebarang bunyi. Kalau aku terbangun sebab ada bunyi yang memang bangkai aku memang tak akan dapat melelapkan mata semula. Memang aku ni shebai.

Disebabkan aku tak boleh tidur, lebih baik aku layan The Simpsons dulu (buang masa tak nak study).

Bai

Thursday, April 23, 2009

Gua Baru

Esok bermulanya hari aku tinggal seorang diri di bilik SH2124.

Bilik ni kawan aku cakap menakutkan.

Macam ada orang lain je kat bilik ni walaupun kau seorang je yang ada dalam bilik.

Hahaha !

Mungkin aras ni akan ada 3-4 orang sahaja yang tinggal lepas ni.

Pusat pengajian aku memang hapak.

Nak suruh pelajar dia tunggu lama-lama kat sini buat apa.

Habiskan duit aku je.

Tahi.

Bai.

Kadang Kala Kita Perlu Juga Merendah Diri

Aku tak berapa nak faham dengan sesetengah orang yang mungkin rasa bangga apabila mengeluarkan kata-kata "jujur"nya atau mungkin dengan lebih tepat kata-kata makian yang agak dasyat. Mungkin lebih berasa bangga sekiranya kejadian tersebut terjadi ketika beliau sedang bergayut dengan kekasih hati. Mungkin dia mahu kekasih hatinya berkata "wah.hebat ah awek aku ni". WTF

Aku tak paham kenapa ada orang yang show off pasal hidup dia. Macam dia insan paling sempurna dalam dunia ni. Membesar-besarkan cerita fasal kehidupan dia membuatkan orang lain merasa kan dia seperti bidadari atau mungkin dewa/dewi? Padahal biasa sahaja.

Aku memang tak suka kawan yang hipokrit. Sebab aku pun tersangat la out spoken. Sampaikan ramai lari menjadi kawan aku. So what? Tapi aku tak hentam kawan sendiri depan orang ramai atau mungkin kekasih hati aku. Aku tak bangga pun dengan sikap buruk aku ni. Aku rasa kadang kala kita perlu lebih peka dengan orang lain. Jangan terlalu ghairah nak menunjukkan kamu itu tak hipokrit. Jangan bangga dengan kata-kata makian kau tu. Sebab aku rasa aku lagi hebat. Mahu lawan? Hahaha !

Bai.


Hari Malas !

Dah lama aku tak buat entri baru.

Tak de mood ah.

Ada banyak cerita yang mahu ditaip, tapi disebabkan aku ni pemalas nak menaip sekarang ni, aku tak taip la. Malam ni ada sedikit rasa ghairah nak menaip.

Tadi aku memandu macam orang gila. Mungkin benar kata kawan ku. Mereka patut bawa Yasin bersama ketika mengikuti aku. Memang biadap.

Hari ini aku baru tahu yang gosip yang selama ini aku dengar ada benarnya. Haih tak sangka.

Hari ini sangat mengantuk. Tak larat nak buka mata menelaah (walhal mata terbeliak tengok cerita). Benci kat diri sendiri.

Tadi ada chatting dengan abang aku. Dia kata dia ada belikan kain baju kurung empat pasang untuk aku. Teruja aku. Kalau ada yang terlampau glamour mungkin aku akan jadikan baju untuk konvo aku nanti. Tak sabar nak balik rumah nak lihat secara langsung mungkin.

Aku rasa mungkin ini sahaja untuk entri kali ni.

Bai.

Friday, April 10, 2009

Aku Bukan Raksasa

Aku ingin memberi respon terhadap entri bibah yang mengatakan aku sebagai seorang "MONSTER" (maaf entri tersebut tidak boleh dilink).

Aku memang kuat makan.

Semalam selepas aku ambil mee tomyam dari bilik bibah, aku ada singgah dibilik Baitul dan Aishah. Baitul agak terkedu melihat bungkusan makanan ditangan aku. Sambil tersenyum sinis dia bertanya "tu untuk rumet ko Ain ek?" (masih tersenum-senyum lagi). Dia bertanya kerana petang tadi aku dan dia ada membungkus makanan di Cafe. Nasi goreng ayam lagi tu. Heh.

Pertanyaan yang agak tajam.

Aku memang selalu menjadikan alasan seperti "ni makanan untuk rumet aku , Ain".

Walhal untuk aku.

Nasib baik aku mempunyai nama yang sama dengan teman sebilikku. Heh.

Aku nak cari makanan lagi.

Bai.

Wednesday, April 8, 2009

Lima Tentang

Ditagged oleh bibah.

5 benda dalam beg aku
  • Mentos basi
  • Tali sawat
  • Duit syilling
  • Resit
  • Journal she-bai
5 benda dalam dompet aku
  • Duit RM 1 sahaja
  • Kad pengenalan bengkok
  • Kad Atm
  • Kunci Bilik
  • Kad-kad sampah

5 benda yang aku suka dalam bilik aku
  • Bantal
  • Lovelace
  • Katil
  • Laptop
  • Botol Air
5 benda yang aku nak berhajat nak buat
  • Berak
  • Berkahwin
  • Nak siapkan cepat-cepat fyp
  • Nak balik rumah
  • Nak berkerja
5 benda yang aku buat sekarang
  • Menaip entri
  • Menaip thesis fyp
  • Korek hidung
  • Minum air banyak-banyak
  • Dengar bunyi babi diluar tingkap bilik ?
*Bayangkan aku buat semua benda ini serentak. Kagum bukan?

5 orang yang aku akan tag
  • Seperti biasa tiada sesiapa.


Tuesday, April 7, 2009

Lulus Ujian Memandu

Hell Yeah.

Aku lulus ujian memandu.

Tak ada apa-apa yang 'kantoi'.

Cuma aku diherdik oleh Pegawai JPJ sahaja.

"Awak ni cuba berkeyakinan sket. Tekan minyak tu kuat sket." (Muka cantik, tetapi garang)

Tapi dia bagi aku lulus juga walaupun aku mati enjin dipertengahan jalan. Disebabkan lubang najis.

Aku memang suka gadis cantik tu.

***

Semalam incik Buron cakap aku perlu kuruskan badan sebelum konvo nanti dan semasa hari perkahwinan saya. Supaya saya tidak menyesal melihat lemak yang banyak terbonjol dimerata tempat ditubuh badan saya dalam gambar-gambar semasa majlis tersebut. Kalau selepas majlis tersebut baharu saya boleh simpan lemak-lemak itu kembali tidak kisah dimana-mana, di tepi, di bawah atau di atas. Memang agak terasa. Tetapi nak buat macam mana. Heh.


Tiada perasaan untuk menaip panjang.

Bai.

Sunday, April 5, 2009

Anjing Mati Digilis

Tajuk entri tiada kena mengena dengan apa yang aku nak taip.

Tadi abang aku ada menghantar khidmat pesan ringkas mengatakan beliau dan mak abah ada di Tanjung Malim, menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku sebelah perempuan. Minggu depan sebelah lelaki pula. Aku betul-betul teringin nak pergi. Sebab hampir dua tahun tidak menghadirkan diri di mana-mana majlis perkahwinan. Aku agak segan nak menyertai majlis yang aku tak berapa nak kenal dengan ahli-ahlinya. Heh. Berbalik kepada khidmat pesanan ringkas abang aku, begini ayat beliau " Woi ko tau tak bini abang Zani JONGANG.... ". Aku memberi respon dengan mendail nombor beliau. Dan aku pun terus melayan beliau mengumpat dan mengutuk. Dua-dua pun syaitan.

Abang aku memang begitu. Dia mudah untuk mengkritik orang lain yang dia lihat kurang baik. Seperti dia tidak mempunyai kelemahan diri langsung. Aku sudah biasa dipanggil "hodoh" dirumah. Al maklumlah aku yang paling hitam dalam keluarga aku. Walaupun dia begitu aku tetap sebulu dengannya. Kalau balik sekolah mesti nak bersembang sampai mak kami bising ajak makan baru kami berhenti bersembang. Lepas itu sambung balik. Ada sahaja hal yang kami sembangkan. Dari hal sekolah, kawan-kawan, cikgu-cikgu dan rancangan untuk hari petang. Sekarang aku agak berjauhan dengan dia. Dia pun ada kerjaya sendiri. Aku mungkin tidak bersedia untuk menerima berita yang dia ingin berkahwin. Sebab mungkin lepas itu aku dan dia tak serapat sekarang. ='(

Aku banyak terpengaruh dengan dia. Ini hal serius. Watak, barangan, minat aku juga banyak dipengaruhi dia. Kadang kala dia juga begitu. Tapi semestinya dia tidak mahu kalah dengan adiknya. Hahaha !

Aku sangat rindukan waktu zaman persekolahan kami.

Sekarang sudah tidak sama seperti dulu.

Dan aku perlu menerima segala perubahan.

* Mohon maaf di atas kekasaran atau kelukaan hati pembaca sekiranya ada bahasa yang tertera agak melampaui batas.

Sekian.

Bai.

Thursday, April 2, 2009

Berkata-kata Memang Sangat Mudah

Kita mudah menasihati atau memberikan pendapat kita kepada orang lain sekiranya sesorang mula meluahkan perasaannya.

Tidak kira berita gembira, sedih, marah, keciwa atau apa sahaja.

Tapi sedarkah kita yang kadang kala pendapat yang kita berikan itu melukakan hati orang lain juga ?

Tidak semua. Mungkin ada serba sedikit.

Kita rasa apa yang kita sudah cakap itu semuanya benar, tetapi sebenarnya tidak.

Kadang kala kita perlu menjadi seorang pendengar yang setia dan baik sahaja. Mungkin.

Kita terlalu mudah memberi respon kepada segala apa yang orang lain cerita kepada kita.

Mudah memberi jalan penyelesaian kepada sesorang yang mula meminta pendapat atau mengadu masalah kepada kita.

Memang sangat mudah.

Sebab kita sendiri tidak melalui atau merasai perasaan atau situasi si pengadu atau sahabat kita sendiri.

Apabila hal yang sama terjadi kepada kita baru kita tahu yang semua yang kita kata itu susah untuk dilaksanakan.

Berkata-kata memang mudah.

Betul kan?

Wednesday, April 1, 2009

Tujuh Tentang

Ditagged oleh ejan dan nadzirah.

1. 7 fakta tentang aku

  • Gila
  • Gemuk
  • Garang
  • Panas baran
  • Tak berduit
  • Banyak gelak
  • Suka merepek
2. 7 perkara menakutkan aku di dunia
  • Lipas
  • Mati tak sempat bertaubat (sebab aku rasa aku paling banyak dosa)
  • Tak lulus ujian memandu
  • Kilat
  • Mesin yang ada gear ?
  • Nadzirah
  • Orang yang aku sayang "pergi" meninggalkan aku
3. 7 lagu buat masa sekarang
  • Coldplay - Viva La Vida
  • Radiohead - 15 Step
  • Mutemath - Spotlight
  • The Black Ghosts - Full Moon
  • Rob Pattinson - Never Think
  • Lady Gaga - Poker Face
  • Taylor Swift - Love Story
4. 7 perkara selalu sebut
  • Fak
  • She-pap
  • Babi
  • aaa..
  • Uh..uh..uhh
  • Alaa...
  • Ayaiyaiyai
5. 7 perkara amat bernilai
  • Keluarga
  • Incik Buron
  • Laptop
  • Telefon bimbit
  • Lesen memandu
  • Printer
  • Harga diri
6. 7 orang bertuah menjawab tag ini
  • Tiada sesiapa pun yang bertuah.
Bai.

Topeng

Thanks kepada Incik Buron sebab belikan aku mask untuk Dinner malam hari Jumaat ni. Nasib baik dah beli mask tu. Kalau tak mesti pening kat mana nak cari. Tak sangka juga yang dia nak belikan aku. Sebab dia tahu kot aku tak ada duit masa tu dan aku tengok dia pun suka dengan mask tu. Bila tengok mask tu mesti ingat dia. Manis ! Heh.

Mkay.

Bai.

Benjo Tanpa Telur + Cheese ?

Hari ini aku terkejut apabila seorang rakan sepusat pengajian dengan aku tegur aku. Aku tak pernah pun tegur dia. Aku kenal la dia. Tapi kali ini dia tegur aku dengan berkata macam ni:

Si Polan: Hye. Aku tengok kau dari 1st year sampai sekarang makin berisi ek. Makin melebar. Waktu 1st year dulu kau kurus je.

Aku: Haah. Aku memang dah gemuk.

Si Polan: Mesti semua baju kau waktu 1st year dulu kau dah tak leh pakai dan buang kan?

Masa tu aku rasa macam ada sebijik batu sebesar peti sejuk jatuh dari atas lalu menghempap kepala aku. Aduhh..

Dah la dia lelaki. Kalau gadis aku selamba je.

Tapi lepas tu aku tetap pesan telur goreng kat pakcik beger sedap kat Cafe tu. Selamba la. Lemak aku tak kacau aku pun. Mungkin kacau mata orang lain kot. Kalau tak nak tengok jangan tengok mkay?

Bai.

Monday, March 30, 2009

Melabur

Aku ada satu tabiat yang aku tak pasti sama ada bagus atau tidak. Tabiat aku tu memang rasa macam sedikit jijik iaitu aku suka nak beritahu sesiapa yang berhampiran dengan aku atau kenal aku atau sedang bercakap dengan aku, yang aku nak pergi berak kalau aku rasa nak terberak la. Bukan cakap saja-saja. Benda ini dijadikan tabiat sebab dari kecil lagi setiap kali aku nak berak je, mak aku panggil aku nak mintak aku tolong dia. Selalunya apabila aku dah masuk tandas dah pun. Dan aku pula secara otomatik juga akan kata nak berak kalau dia suruh aku buat sesuatu. Bukan nak cari alasan. Sebaliknya memang aku rasa nak berak. Ini hal serius. Disebabkan itu aku sering memberitahu beliau yang aku nak berak. Takut-takut kalau waktu aku berak tu dia panggil aku nak suruh buat kerja. Terbantut la macam tu ! Dan untuk pengetahuan semua sampai sekarang aku mempunyai tabiat sebegitu. Alasannya aku tak mahu orang cari aku masa aku sedang berak.

Mkay?

Korang rasa tabiat ni jijik ke atau lumrah dunia je?

Bai.

Pengembaraan untuk Hari ini

Hari ni aku dan Incik Buron sama-sama mengembara. Cuma tempat sahaja berbeza. Memang penat. Baru pukul 10 tadi kami sampai dibilik masing-masing. Bila fikir balik manis pulak. Heh.


***
Aku kene belajar kereta pukul 1 p.m. Aku belajar dua jam. Aku ada RM 5 sajaha dalam beg duit aku masa tu. Itu pun aku pinjam kat Siti Aishah sebelum aku pergi mempelajari ilmu kenderaan tayar empat tu. Nasib baik dia memahami. Dia memang seorang kawan yang baik. Aku tabik dia sebab dia mempunyai hati yang suci terhadap hubungan sesama manusia ni. Ok kembali kepada hal duit tu. Aku rancang duit tu aku nak buat beli nasi bila balik dari belajar kereta tu. Tapi aku tergerak hati pula nak balik ke Taiping rumah kakak aku. Aku rasa aku patut balik ke sana sebab kakak aku nak pindah ke Johor 3hb April ni dan semua ahli keluarga aku datang pada hari ni di rumah kakak aku tu. Rugi la kalau aku tak turut serta. Aku kalau bab-bab keluarga ni memang jatuh nombor satu tau. Walaupun duit tinggal RM5, aku sanggup korbankan untuk tambang bas aku. Sanggup aku cari lagi 20sen. Sebab tiket dari Parit Buntar ke Taiping RM 5.20. Aku dah fikir masak-masak. Hangus dah. Aku perlu juga balik Taiping petang tadi. Masa pukul 4 p.m tadi aku memang betul-betul lapar (makan sekeping roti sahaja sebelum keluar bilik) dan penat (akibat pusing stering nak parking banyak sangat). Lalu aku mengorbankan RM 10 dalam akuan bank aku yang patut aku simpan untuk masa darurat sangat-sangat. Tapi mungkin waktu sekarang adalah paling darurat. Aku guna duit tu beli KFC (demand). Set D. Baru aku boleh teruskan perjalanan balik ke Taiping.

***

Masa kat Stesen Bus Kamunting Raya, masa aku sedang syok menaip mesej, ada seorang lelaki sebelah aku ni tegur aku. Dia suruh aku jaga beg dia. Dia kata nak beli rokok. Lalu dia berlalu ke arah bukan kawasan kedai. Tetapi ke arah yang bertentangan la kiranya. Mula-mula aku tak rasa pelik lagi. Bila aku lihat balik barang-barang yang dia suruh jaga tu aku dah mula hairan. Mana tak semua beg warna pink, memang yang macam gadis-gadis la. Memang tak patut la itu barang dia kan? Dia lelaki putih (memamg mati-mati aku ingat dia Cina), kacak dan mencurigakan. Sampai abah aku call dia tak datang lagi. Aku dah keliru waktu tu. Kalau aku tinggalkan aku rasa aku ni tak amanah lak. Tapi bila aku fikirkan ke-tidak-releven-nya itu barang beliau aku pun berambus balik ke kereta abah aku. Memang takut lagi.

***

Sampai kat kereta abah aku, aku lihat ada anak sedara aku, Musfirah. Dia duduk depan masa tu. Aku pun duduk la belakang. Dia sibuk bercerita dekat aku. Aku pun tengah letih masa tu. Tak lah layan dia sangat. Aku pun cari la benda nak buat dia duduk diam-diam kat depan dengan menyuruh dia pakai tali pinggang keledar. Ikuti perbualan yang memang buat aku tak rasa penat terus:

Musfirah: Tok, pakaikan seat belt ni boleh tak?

Abah aku: Tak payah. Dah nak sampai ni. (Sangat cool Abah aku !)

Musfirah: Eeee, spider..spider..spider..

Abah aku: Haah.Spider tu kakak. (Panggilan Musfirah daripada keluarga kami. Dia cucu sulung)

Aku: Macam mana kakak tahu tu spider?

Musfirah: Kakak tengok cerita spiderman tadi. Tok tak leh jadi spiderman.

Aku: Kenapa Tok tak leh jadi spiderman?

Musfirah: Sebab dia kecik lagi. Tapi Aizam (Anak pengasuh keluarga kakak aku) boleh.

Aku: Kenapa Aizam boleh lak?

Musfirah: Sebab dia manusia. Dia orang baik.

Aku: (Gelak besar)

***

Aku rasa itu sahaja yang menarik untuk entri hari ini.

Selamat malam.

p/s: Musfirah baru sahaja berumur 4 tahun.

Bai.

Saturday, March 28, 2009

Entri Memohon Maaf untuk Cik Bibah

Kepada Cik Bibah,

Aku memohon maaf sekiranya tadi aku marah kau dengan sengaja. Kau datang silap masa. Waktu aku baru bangun tidur dan kau pula membebel-bebel buat aku rasa lagi nak marah. Memang aku dah marah kau pun. Aku memang macam tu. Pantang orang tegur bila aku baru bangun dari tidur tak kira masa mkay? Macam kau tak kenal aku. Maafkan aku ye Cik Bibah.

Bai.

Friday, March 27, 2009

Duit, Honda & Calculator ?

Aku sangat stess disebabkan hal kecil je pun. Pasal printer aku rosak. Sebenarnya bukan printer aku yang rosak pun. Catridge dia yang ada masalah. Yang warna tu dah memang bocor. Yang hitam lak merajuk la kot sebab selalu sangat guna dia. Tapi nak buat macam mana dah tu kerja yang dia perlu buat. Nak buat hal pun waktu aku betul-betul perlukan dia lak tu. Memang she-bai !

Sekarang aku tengah nak pilih printer mana yang bagus. Yang boleh cetak sampai berjuta-juta kertas tanpa perlu tukar catridge dia atau perlu isi semula. Ada ke?

Duit pun tak da lagi nak beli baru. Yang tinggal dalam beg duit aku ni hanya RM 1.50. Untuk esok mungkin aku akan cari daun atau kayu kat tepi jalan nak pergi kelas. untuk makan tengah ari dan malam. Abah aku selalu bagi idea macam tu kat aku bila aku mengadu duit dah abis. Nak tak nak kena buat juga la.

Aku dengar ada kalkulator jenama Honda. Jadi aku nak printer jenama Honda juga la. Mesti HEBAT.

Bai.

Thursday, March 26, 2009

Gloomy

Sejak semalam aku rasa macam sedih, tak gembira. Aku betul-betul tak tahu punca mengapa aku boleh rasa macam ni. Sepatutnya aku rasa seronok bila balik dari Dinner School aku. Tapi sebaliknya. Orang sekeliling pun tegur hal yang sama. "Kenapa aku nampak gloomy?" dan aku tak dapat menjawap kenapa.

Aku takut nanti aku membuatkan orang disekeliling aku rasa tak selesa dengan ke-tidak-seronok-kan aku ni. Harap ada sesuatu atau seseorang dapat membantu aku keluar dari zon tak gembira aku ni. ='(

Nak nangis jap.

Bai.

Wednesday, March 25, 2009

Dua Hari

Dalam dua hari ini aku bukan sibuk menaip tesis pun. Tapi aku sibuk tengok cerita. Aku nak cerita serba sedikit apa yang aku dah tonton dalam tempoh masa dua hari ni.
  • Bride Wars
Aku tengok cerita ni buat aku lagi gatal nak kahwin. Sekarang pun memang tengah gatal nak kahwin. Bila tengok cerita ni tahap "kegatalan" aku naik secara mendadak terus. Tak dapat dibendung lagi mkay? Aku suka tengok diorang buat persiapan nak berkahwin tu. Aku nak rasa teruja macam tu la. Bukan teruja di malam pertama mkay? Akhir sekali ending dia puas hati ada sedih pun ada. Emma tak jadi kahwin. Kalau aku jadi dia pun aku akan batalkan perkahwinan aku. Tapi mungkin lebih awal. Tak kan nak malukan pihak lelaki pulak kan. Tapi pada pandangan aku kalau kita dah tak ada persefahaman dengan pasangan kita tak elok kalau diteruskan. Mungkin akan menjejaskan hubungan kita akan datang. Mkay cukup untuk cerita ni.
  • The Unborn
Cerita ni aku memang kemaruk nak tengok lepas aku tengok preview dia kat TV ritu. Aku memang pengemar cerita hantu seram-seram ni. Aku dengan rasa beraninya tengok cerita ni pukul 12 a.m sorang-sorang. Konon berani la. Aku buat-buat cool la. Tapi ada satu bahagian cerita tu aku sangat terkejut sampaikan aku menjerit dengan kuat sekali lalu membuatkan teman sebilik aku terkejut jugak dengan respon "woi kenapa ni?". Tapi aku buat-buat tengok cerita balik macam tak ada benda terjadi. Sekali tu je la aku menjerit. Yang lain aku hanya tutup mata atau perlahan kan volume je (cara aku tak nak dengar benda ngeri). Keseluruhannya memang best.
  • Marley And Me
Cerita ni memang aku nak tengok sebab Owen Wilson yang berlakon. Aku memang suka dia. Lama woo cerita ni. Nak dekat dua jam jugak la. Aku suka keluarga macam dalam cerita ni. Diorang sama-sama hadapi segala rintangan dan dugaan berumahtangga bersama-sama. Memang sweet. Cerita ni berjaya buat aku menangis di akhirannya. Sedih bila tengok Marley nak "pergi". Macam aku pulak yang berlakon dalam cerita tu kan. Heh.
  • Night Train
Mula-mula aku ingat cerita hantu. Rupa-rupanya bukan. Aku tak boleh nak klasifikasikan cerita ni. Sebab aku bukan orang filem kot. Heh. Tapi aku suka cerita macam ni. Moral daripada cerita ni ketamakan boleh membuatkan seseorang tu berubah perwatakkan. Takut jugak kalau jadi situasi macam tu kat aku. Pengakhiran cerita ni memuaskan hati aku. Nasib baik.
  • Beverly Hills Chihuahua
Masuk cerita ni dah dua cerita aku tengok melibatkan anjing. Cuma bezanya jenis anjing yang terlibat je la. Cerita ni cerita ringan. Aku tengok sebelum tidur petang tadi. Boleh la.
  • Vacancy 2
Aku ada tengok cerita Vacancy 1. Aku tengok kat wayang dengan Incik Buron. Cerita kejam-kejam macam ni aku suka tengok. Tapi rugi la. Sebab aku banyak tutup mata dan telinga. Heh. Yang kali ni kurang kejam dari yang pertama aku tengok tu. Sebab cerita ni mula asal cerita dari cerita Vacancy 1. Baru suam-suam kuku la. Walaubagaimana pun aku tetap jugak perlahankan volume. Heh.

Itu je la aku dapat ceritakan. Aku memang suka membuang masa. Haih.

Mkay?
Bai.














Thursday, March 19, 2009

Tas Tangan Saya

ditagged oleh bibah.

1. Show Your Beg

Handbag Victoria's Secret. Handbag ni yang aku selalu pakai.Beg ni abang aku yang bagi. Dia macam tau-tau je aku suka pakai beg besar dan berwarna putih. Masa dia bagi beg ni ada sekali lip gloss dan eye shadow. Dua-dua warna dia cantik. Teruja juga la bila pagi-pagi jumpa beg ni kat ruang tamu rumah aku. Hehe.

Aku tahu yang bibah memang berkenan dengan beg ni. Sampai sudah aku tak pesan kat abang aku belikan untuk kau. Maaf ye. Pinjam je la kat aku. Heh Heh.

2. Mention What Is In Your Beg

  • Bedak muka.(old school)
  • Lip Gloss
  • Lip Balm
  • Beg Dompet
  • HandPhone
Senarai atas ni yang umum aku selalu bawa. Yang lain tu ikut aku la bila aku rasa nak bawa. Tapi selalunya beg aku penuh sendat. Tak paham aku. Aku tak tahu aku bawa apa. Tapi aku memang dah macam tu. Suka angkut semua barang walaupun barang tak penting.

Ok sekian.

Bai.

Son of a biscuit

Esok ada test.

Memang menyampah.

Lusa pun ada test jugak.

Boleh jatuh pengsan macam ni.

Memang biskut.

Nak sediakan toyol jap.

Bai.

Monday, March 16, 2009

cerita lucu 1

situasi 1

Incik Buron: eh. Sini ada boxer jugak. Ada Brand lagi. Eh. Siap ada dua lagi untuk satu pack ni. Kene beli ni.(Dengan nada sangat teruja)

Hairdo
: haah la. Beli la. Rugi kalau tak beli.


Selapas seminit pilih-pilih boxer tersebut baru aku perasan sesuatu.

Hairdo: Lor.. Bukan ada dua boxer dalam ni. Warna plastik ni yang berbeza depan belakang. Yang depan lutsinar. YAng belakang warna biru. Kira Incik Buron tersilap tengok la ni.(Sambil tahan gelak)

Incik Buron: eh betol ke?(tersipu-sipu malu).


Aku serba salah jugak nak bagitau hal sebenar. Takut dia malu. Tapi perlu jugak bgtau sebab takut kalau-kalau lepas dia sampai rumah dia tengok boxer dia ada satu je mau dia hangin satu badan.

Situasi 2

Perbualan dialih bahasa ke Bahasa Malaysia.

Penemu Duga: Awak tahu berbahasa Jepun?


Incik Buron: Tahu juga. Kadang-kadang saya tonton cerita Jepun.


Penemu Duga: Berikan contoh cerita yang awak tonton.


Incik Buron: Winter Sonata.


Penemu Duga gelak besar selepas tu. Untuk pengetahuan semua Winter Sonata adalah drama Korea.

Sekian.

Bai.

dear masa

masa tolong lah cepat berlalu. aku dah betul-betul letih, penat, nak harungi semua ni. dugaan yang Allah berikan kat aku ni memang hebat. kadang kala aku rasa aku tak boleh nak harungi semua ni. Tapi aku yakin dan aku tahu yang semua ni akan pulih semula seperti biasa masa demi masa. aku cuma perlu bersabar. Aku harap aku tak cepat putus asa dan mudah naik marah dengan semua ni.

Minggu ni paling sibuk buat aku.

Paling stress.

Kerja memang dah beratur nak tunggu aku siapkan ni. Aku masih lagi tengah bahagikan borang-borang pada kerja-kerja aku untuk mereka pilih waktu mana yang sesuai untuk mereka diselesaikan oleh aku. haih.

Aku perlu bersiap-siap untuk bermesyuarat sebentar lagi.

bai.

Saturday, March 14, 2009

Pengenalan

blog ni didedikasikan untuk diri aku sendiri.
tempat aku nak bersuka suki tanpa mengeluarkan suara.
gelak mengilai.
dan macam-macam lagi.
terima kasih.

bai.

Friday, March 13, 2009

4.50 a.m

baru sebentar tadi aku balik dari mamak dengan incik buron.
masa kami lalu depan jabatan pembangunan campus aku, aku nampak de sekawan haiwan berwarna hitam tengah nak melintas jalan.
ikuti perbualan kami:

aku: incik buron cube tengok pe benda tu?macam babi je.

incik buron: eh tak la.macam anjing je.

aku: tak la.cube tengok betol-betol.

dan memang pun babi. sepasang babi dan lima ekor anaknya sedang ingin melintas jalan.

aku: jap-jap incik buron.berenti jap.nak tangkap gambar jap ni.(dalam gelak besar)

incik buron: tak payah.tutup tingkap tu.

aku: ala...

tapi pas tu aku tetap gelak tak hengat nyer la.yela.bayangkan la ada babi dalam campus aku ni.dah la hari tu aku pernah jumpe sekumpulan memerang belakang hostel aku ni.haih.dah macam zoo la pulak.

p/s: incik buron adalah kekasih hati aku.

ok sekian.

bai.